Masturbasi

Semalam saya berdebat dengan seorang teman tentang kewajaran berkahwin dalam usia muda yang seolah-olah telah jadi trend masa kini bagi segelintir anak muda. Kata beliau, kalau setakat tidak mampu mengawal nafsu dijadikan hujah untuk berkahwin awal tapi secara mental dan kewangan masih belum bersedia lebih baik dia onani sahaja!
Benar. Hujah beliau ada kewajarannya. Perkahwinan melibatkan komitmen, tanggungjawab dan keterlibatan ramai orang sedangkan onani (baca: masturbasi) hanya melibatkan sang pelaku dengan medium ransangannya sahaja.
Ramai yang berkhutbah menggalakkan anak-anak muda agar berkahwin cepat. Alasan mereka: untuk mengelakkan maksiat. Apakah seteruk itu nafsu anak-anak muda zaman ini? Perkahwinan (meski pun calon tidak cukup syarat) hanya dijadikan medium untuk melampiaskan nafsu semata-mata?
Kebanyakan laporan tentang faktor-faktor penceraian ialah kerana kurangnya persediaan dari segi mental dan kewangan pada pasangan yang berkahwin.
Beritahu dan tunjukkan pada saya, adakah dalil dari Al-Quran mahupun Al-Hadis yang menyuruh umat Islam berkahwin semata-mata (baca: sekadar) untuk memuaskan nafsu (baca: syahwat). Sepanjang pengetahuan saya, Nabi Muhammad S.A.W. menyeru umatnya berpuasa seandainya mereka tidak mampu menahan syahwat dan memerintahkan mereka berkahwin sekiranya telah cukup syarat yang melayakkan mereka untuk berbuat demikian.
Kecelaruan timbul dalam masyarakat kita hari ini bila mana hujah untuk mengelakkan maksiat, mengawal nafsu dan mengurangkan masalah sosial dijadikan senjata untuk memangsakan konsep perkahwinan yang sememangnya suci di sisi Islam. Apakah Nabi S.A.W. berpoligami disebabkan nafsu? Nah! Tanyalah ulama mana sekalipun nescaya mereka akan memberikan jawapan:
"Kes Nabi lain, baginda berkahwin atas dasar dakwah dan ketaqwaan kepada Allah."
Jelas, Nabi sendiri berkahwin bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu manusiawinya semata-mata, tetapi atas dasar ketaqwaannya kepada Allah. Maka siapa kita untuk berhujah agar perkahwinan dalam usia muda digalakkan (baca: dikomersialkan) sebagai suatu kemegahan?
Benar. Hujah beliau ada kewajarannya. Perkahwinan melibatkan komitmen, tanggungjawab dan keterlibatan ramai orang sedangkan onani (baca: masturbasi) hanya melibatkan sang pelaku dengan medium ransangannya sahaja.
Ramai yang berkhutbah menggalakkan anak-anak muda agar berkahwin cepat. Alasan mereka: untuk mengelakkan maksiat. Apakah seteruk itu nafsu anak-anak muda zaman ini? Perkahwinan (meski pun calon tidak cukup syarat) hanya dijadikan medium untuk melampiaskan nafsu semata-mata?
Kebanyakan laporan tentang faktor-faktor penceraian ialah kerana kurangnya persediaan dari segi mental dan kewangan pada pasangan yang berkahwin.
Beritahu dan tunjukkan pada saya, adakah dalil dari Al-Quran mahupun Al-Hadis yang menyuruh umat Islam berkahwin semata-mata (baca: sekadar) untuk memuaskan nafsu (baca: syahwat). Sepanjang pengetahuan saya, Nabi Muhammad S.A.W. menyeru umatnya berpuasa seandainya mereka tidak mampu menahan syahwat dan memerintahkan mereka berkahwin sekiranya telah cukup syarat yang melayakkan mereka untuk berbuat demikian.
Kecelaruan timbul dalam masyarakat kita hari ini bila mana hujah untuk mengelakkan maksiat, mengawal nafsu dan mengurangkan masalah sosial dijadikan senjata untuk memangsakan konsep perkahwinan yang sememangnya suci di sisi Islam. Apakah Nabi S.A.W. berpoligami disebabkan nafsu? Nah! Tanyalah ulama mana sekalipun nescaya mereka akan memberikan jawapan:
"Kes Nabi lain, baginda berkahwin atas dasar dakwah dan ketaqwaan kepada Allah."
Jelas, Nabi sendiri berkahwin bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu manusiawinya semata-mata, tetapi atas dasar ketaqwaannya kepada Allah. Maka siapa kita untuk berhujah agar perkahwinan dalam usia muda digalakkan (baca: dikomersialkan) sebagai suatu kemegahan?
Apalah guna perkahwinan andai statistik perceraian terus meningkat tahun demi tahun? Dan rata-rata yang memeriahkan peningkatan statistik perceraian ini adalah pasangan suami isteri yang beragama Islam.
Dan saya merenung semula kata-kata teman saya semalam:
"...lebih baik aku onani sahaja!"



20 Ulasan:
memule amik nikmat masturbasi, bile sume dah cukup (stabil), br kawin..
2dua pon best jer... :P
Saya suka gambar itu~
nice post here...
tambah lagi!
Setuju. Apa jua perlakuan kita di muka bumi ini bergantung kepada iman. mari kita ambil dari akar permasalahan, bagaimana boleh terangsang sebegitu sekali? mari kita lihat persekitaran kita pula. waah, pandang kiri, perempuan yang mempunyai pusat yang cantik. pandang kanan, perempuan yang mempunyai separuh buah dada yang montok. pandang depan, waah, kaki perempuan itu sungguh licin. baik duduk rumah, alamak bosan lah. mari nonton mtv, aah, lagi dasyat dari dunia luar. kalau dah semua tempat perlu tutup mata, pergi tandas la jawabnya. basahkan tangan, ambil sabun dan...
faizal: "maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahmaan: 13)
anonymous: gambar itu sekadar utk membangkitkan selera anda utk ke 1901 hotdogs! =)
hadoken: haha! jgn ghairah sgt..sesetengah orang akan mencela saya disebabkan posting ni!
amar: org kata onani ini hukumnya haram dan berdosa dipraktikkan. tp aku selalu berfikir, antara merogol orang, melanggan pelacur, berkahwin muda (wlpn tak mampu sebenarnya), apakah onani lebih relevan?
memiliki sesuatu yg bukan hak anda bukankah zalim namanya. Maka untuk tidak berlaku zalim adalah menjadi kewajipan pula untuk anda berusaha memilikpunyakan hak itu untuk anda - pakai - guna - dan nikmati. Sex hanyalah sebagai alat penghubung antara pria dan wanita. Jika antaranya terdapat persetujuan,maka lakukanlah dengan sebaik2nya..tak perlu wali atau kadhi memberi izin. Bila keinginan bertemu kesepakatan maka itulah "ijab kabul nya".
sape cakap onani haram? makruh je la. hukum harus pulak jatuh kalau niatnye utk mengelak maksiat. nnt aku carik hadith or dalil or apape je la.
careful jatuhkan hukum saudara amar...
ariapertama: Wo wo! saudara terlalu liberal..apakah Machiavellism boleh jadi selari dengan Islam?
amar: silakan..mungkin bisa dikupas secara matang dan berilmiah.
ateng: "la hukmu illa lillah" (penghakiman hanya dari Allah)
terima kasih saudara ateng, sedang cuba mencari bahan.
org kate perkara itu haram
cume bile kawin jd makruh
tapi kan
kdg2 aku ade jugak nk jd lelaki
lg senang btol x
kalo rs 'nak' je, haaaa...apalagas
hahahahha
maaf kata tetapi post ini hampir mostly dikupas berdasarkan logic akal pemikiran manusia yang terhad.harap penulis dapat merujuk sumber2 atau org2 yang lebih alim kerana ia melibatkan hukum dan juga nama Nabi dikaitkan didalam tulisan saudara.harap dipertimbangkn kerana mungkin ada pembaca2 yang tersalah faham.
Kahwin untuk mengelak zina itu bagus seperti onani untuk menahan diri daripada zina. Sama juga. Tapi daripada onani baik kahwin. Bergantung pada niat juga. Tapi kalau kahwin nak dakwah, kembang zuriat, berganda2 la pahala dia. Tetapi untuk mengaitkan kahwin muda dengan penceraian saya fikir tidak relevan. Sahabat2 nabi juga berkahwin muda. Nabi sendiri juga. Perkahwinan itu putus sebab ketidakfahaman dan ketidakserasian. Orang tua juga bercerai, saudara.
hmm...aku rs aku xyah nk ckp aku sokong ke tak kawin muda ni
sbb tentunya si penulis dh tau
mcm mane pon...aku rs perceraian tak terjadi kalo kite ikhlas berkahwin dgn seseorg tak kire umur,pangkat,darjat&harta
itu semua terletak dlm hati
[duasen.aku]: mungkin saudara hanya membaca tulisan ini sekali lalu sahaja tanpa meneliti persoalan yang diutarakan.jika dirujuk kembali,saya tidak mengulas langsung tentang persoalan hukum dan jika diteliti tidak ada langsung mana-mana bahagian dari tulisan ini yang menghina atau merendah-rendahkan martabat baginda Nabi saw. bahkan saya hanya memetik alasan lazim yg sering dinyatakan oleh ustaz2 atau agamawan2 tentang sebab musabab baginda Nabi saw berpoligami, dan itulah jawapan lazim mereka.kerana dakwah dan ketaqwaan kepada Allah. saya tidak menyatakan yang perkahwinan muda itu HARAM. saya juga langsung tidak menyuruh khalayak pembaca untuk beronani.
[jimadie shah othman]: setuju dengan saudara..apapun, kembali pada niat. memang perkahwinan muda bukan semuanya berakhir dengan perceraian.pun begitu,perbandingan antara sahabat2 nabi dengan generasi kita pada hari ini agak sukar diterima...siapalah kita jika nak dibandingkan dgn mereka...?
[ilynn]: maaf,bab hukum tak saya tak berani nak ulas..dan benar,perceraian boleh dielak jika setiap yg nak berkahwin faham konsep perkahwinan itu sendiri dan ikhlas niat di hati.. apapun,lupakanla cita-cita teringin nak jadi laki-laki tu..banyak dugaannya...=P
First of all congratulations for this article.. A very astute observation. One that is probably affecting the youth more than we know ourselves. However i beg to differ on the author's opinion. First of all I would like to clarify that i have no in depth knowledge of the religion in this area and nor do i want to give fatwa for i am aware that i am not qualified to do so. Hence the respond below is merely based on my own opinion.
First off, marriage. I believe it is a sacred institution and no one should tarnish it by marrying merely on the basis of trying to satisfy their nafs. Secondly marrying early when you are not financially stable or 'matured' are all excuses for marrying based on satisfying their nafs. Because if that couple marries purely because they want to be ultimate servants of Allah as they know that not only is it a sunnah but also because of their love for another human being which is pure, then i believe that all obstacles will be overcomed. Sorry for being a soppy romantic here but i think divorces happen precisely because it is not barakah hence meaning they had 'non-marital activities' or other niats or parents objections or even that it is just fate. So the argument of early marriage being bad is rebutted.
For me i believe it is definitely better than masturbation. Although masturbation might solve the problem momentarily but if you are in love, i think having such young blood and with the 'liberal' society we are having now, it is not difficult to imagine that a one second mistake might happen. secondly, i don't know about men who maybe just do it and that's it. For women i believe the problem just doesn't stop there . There are psychological repurcussions as well. The guilt will engulf you because you know that Allah does not like it. Research has also shown it is not good physically anyways, people will get lethargic and it will become addictive. Is this the youth ummah that we want?? Weak and vulnerable??
Young marriage albeit as problematic as it might be(i'm not going to be naive, i know there are problems) is at least legal (to do what ever you want),legitimate and insya-allah will provide you the much needed emotional support that everyone looks for when coupling anyways (unless of course you're in a relationship that is insincere and just want fun).
So yup all in all that's my opinion i might be wrong. Realistically, Malaysian society to a large extent is still not accustomed to young marriage. There are taboos and such high financial demands for the marriage ceremony is not helping at all. However these 'cultural blocks' should be considered as we all know the society that we live in is already too sexually charged and is not exactly encouraging people to be celibate and yet it does not allow the youth to legitimise it. So how?????????
May Allah guide us the right path..
From london with love.
you should know who i am najwan..haha
interesting thougts...i wonder who this is...huhu
anonymous: thanks for the response...brilliant!
energetic and so matured..i can say frankly that i am so moved after reading your thougths..thanks a lot!
ateng: it's a SHE and you know who SHE is....hehe :p
salam.
baru terbaca post ni
berkahwin utk mendapat keseronokan (al-baqarah 223)
berkahwin utk mendapat zuriat (an-nahl 72)
berkahwin utk memenuhi tuntutan fitrah (ar-rum 21)
Islam menjelaskan segalanya tentang keperluan manusia, dari memenuhi keinginan seks, sehinggalah penyucian hati.
allahu'alam
azad,
terima kasih atas sumber2 dari Al-Quran berkenaan dengan isu perkahwinan ini..insya-Allah moga2 jadi renungan dan pedoman buat kita semua.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama