Iklan

Ahad, Oktober 15, 2006

Sentuh

Mawi bikin kecoh lagi!

Katanya, "Saya tidak mahu bersentuhan dengan wanita sekiranya berlakon filem." Maka melentinglah hero-hero drama Malaya; Rosyam Noor dan M. Rajoli. Masing-masing mengeluarkan kenyataan menegaskan prinsip mereka.

Terbaru, menurut berita yang dipetik dari sisipan hiburan akhbar Berita Minggu, Bintang Popular (Bi-Pop) hari ini, penyanyi terkenal negara, Ziana Zain (dikenali sebagai pelakon melalui filem Sembilu) sebagai mengulas mengenai isu ini berkata:

"Kalau banyak sangat pantang-larangnya, lebih baik jangan berlakon. Berlakon ni kita memerlukan feel dan setiap pergerakan, ada maksud tersendiri. Kalau itu tak boleh, ini tak boleh, macam-macam hal, rasanya tak usah berlakon."

"Jangan buat orang lain marah dengan kenyataan kita, kalau belum bersedia untuk berlakon, menyanyi sajalah dik."

Aduhai Mawi! Terlupakah anda waktu-waktu indah anda di Akademi Fantasia dulu? Atau mungkin waktu itu tidak mengapa bersentuhan dengan wanita kerana tuntutan SMS?

5 ulasan:

faizal berkata...

'Apabila kita berada di atas, kita leka dan lupa mengenai asal usul diri kita'. Mawi tidak boleh cepat melatah kerana dia sekarang di kelilingi media² yang sering mencari kelemahan dirinya.

DefMafia berkata...

pesanan untuk mawi "hang kalo nk liberal...liberal tros laaa"...sekian

KRiE_nAj berkata...

itulah dia artis baru yg dijana oleh akademi fantasia musim ke-4. Dulu beliau sangat dihormati kerana budi bicaranya serta perilakunya yg jujur, namun sekarang suka mencetuskan kontroversi.
Hai..Mawi, Mawi..Aku rasa kau patut fikir peribahasa ni dalam²..
"Sebab pulut, santan binasa. Sebab mulut, badan binasa."
Kau dulu disanjung, dihormati sebab kau mempunyai aura kau yg tersendiri. Peminat/penyokong kau pun ramai. Jangan sampai spekulasi/kontroversi yg kau timbulkan ni nanti kau bakar periuk nasi kau sendiri.
Fikir²kan lah...

amar berkata...

baik, sekarang beritahu bagaimana ingin menjadi seorang pelakon dan pada masa yang sama beriman dan menjaga tata tertib?

adakah semua pelakon di malaysia ini terpaksa menggadaikan prinsip islam hanya kerana feel?

masalahnya, kau x payah nak ajar org pasal feel laa ziana. ko berlakon pon aku tgk cam ***** je.

sekian. liberalkah aku?

Saudagar Mimpi ... berkata...

Salam perkenalan.

Hihihih. Aku tergelak bercampur sedikit keliru bila baca kenyataan yg mengelirukan dari Ziana Zain kat Bi Pop - terutama bahagian ini.

*Sekadar memetik kenyataan di sebuah ruangan pojok minggu lalu, “Kalau kita tengok dunia filem Iran misalnya, lelaki dan perempuan tak boleh bersentuhan. Tapi, pelakon lelaki Iran masih boleh berlakon. Yang lebih menariknya, filem mereka menggerunkan apabila masuk festival antarabangsa.”

Ziana mengulas ringkas: “Dik, di Iran, itu budaya mereka.”


Anyway Terima kasih En Najwan kerana letak link Prahara Seni di sini.