
Tadi sempat saya ziarahi blog Pak Khalid Jaafar. Tersengih sendiri kala menatap entri Rukun Liberal beliau. Di sini saya perturunkan empat Rukun Liberal ilham Pak Khalid, saya dedikasikan khas buat Syed dan Awang, sahabat liberal saya (kedua-duanya masih belum membaca Tumit Achilles) :
Rukun liberal* empat perkara:
1. Kebebasan
2. Keteraturan spontan
3. Pemerintahan minimal
4. KOOL - komuniti orang-orang liberal
* www.khalidjaafar.blogspot.com
10 ulasan:
Saya sungguh terpesona melihat gambar 'malaun' ini.. mcm pernah ku lihat sebelum ini..Gambar ini patut disiarkan di depan muka2 akhbar harian. Sudah pasti nya akan laris di pasaran.
Saya amat mengalu-alukan sesiapa yang ingin menyertai KOOL, termasuk yang pakai baju melayu dan kain pelekat!
haha..terkejut,Pak Khalid pun turun bagi komen,hehe..sungguh,Pak Khalid memang KOOL..! :)
aahh...
liberal.
Meletakkan muka bersubang tu memberi gambaran negatif kepada perjuangan liberal yang murni.
kaki bangku,
gambar bukan bertujuan untuk memberi gambaran negatif perjuangan liberal, sekadar simbolik kepada istilah "kebebasan".
Mungkin dalam konteks kebebasan berfesyen. :p
Saya sokong dgn komen saudara yg berbaju Melayu dan berkain pelekat. Tapi saya nasihat kan lain kali kalau nak pilih model, tolonglah pilih yang hensem sedikit.
gambar itu bukan liberal,
itu punk dan punk tidak liberal
humph..adakah kita boleh menilai seseorang itu berdasarkan penampilan?adakah orang yang berbaju melayu itu semestinya melayu?adakah wajib bagi seorang melayu itu Islam?mungkin imej itu hanya utk memberi gambaran tentang kebebasan..kebebasan berfesyen mungkin??seperti pepatah Inggeris..don't judge a book by its cover..
kenapa menggunakan pepetah inggeris?
kalau x silap, al-quran ade menyebut, penampilan itu menggambarkan dalaman. islam juga mementingkan penampilan.
kalo silap, tolong betulkan.
Catat Ulasan