Kelentit

Kelentit, menurut definisi Kamus Dewan (edisi ketiga) ialah daging yang tersembul dekat lubang kemaluan perempuan.
Ini bukan entri lucah. Jauh sekali untuk membangkit ghairah. Bak kata Fathi Aris Omar, isu kelentit ini bukan semuanya ilmiah. Lebih-lebih lagi di Malaysia ini. Perkataan dan perbincangan tentangnya adalah tabu dan jenayah besar dalam masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu.
Sebetulnya yang menarik minat saya untuk memperkatakan isu ini ialah tatkala saya terbaca sebuah artikel di laman web www.islamcity.com yang membicarakan tentang isu wanita berkhatan berdasarkan perspektif Islam.
Artikel Female Genital Mutilation: An Islamic Perspective yang ditulis oleh Dr. Imad-ad-Dean Ahmad dari Minaret of Freedom Institute ini, menyatakan bahawa meskipun tiada dalil di dalam Al-Quran berkenaan dengan perintah berkhatan (baca: bersunat) ini, namun amalan tersebut bagi kaum lelaki merupakan satu tradisi yang diwarisi sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. dan menjadi sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW kerana Baginda sendiri berkhatan. Selain itu, faktor kesihatan turut menjadi sebab kepada penerusan amalan berkhatan bagi kaum lelaki hingga ke hari ini.
Artikel ini turut menyatakan bahawa tidak terdapat ketetapan yang menyuruh pelaksanaannya ke atas wanita, baik dalil Al-Quran, hadis mahu pun alasan kesihatan. Penghujahan yang berjela-jela dalam artikel ini akhirnya merumuskan bahawa berkhatan untuk wanita adalah haram menurut Islam kerana mencabul dan menindas hak seksual wanita.
Berbeza sekali dengan apa yang dinyatakan oleh Dr. Nawal El-Saadawi, tokoh feminis Arab kelahiran Mesir yang mengaitkan isu kelentit ini secara lebih global dengan membandingkan penindasan wanita di Arab dan di Barat. Menurut beliau, amalan bersunat (membuang kelentit) diamalkan secara fizikal di Mesir tetapi di Amerika Syarikat, ia diamalkan secara psikologi dan melalui pendidikan. Penindasan di Barat lebih 'halus' dan 'tersembunyi' berbanding di negaranya.
Itu menurut apa yang saya baca menerusi kajian-kajian ilmiah antarabangsa melalui internet berkenaan kelentit. Lain pula halnya jika dibicarakan di negara ini. Kelentit di Malaysia hanya mainan nafsu. Sungguh memalukan dan tiada unsur ilmiah. Otak kita tidak rasional-saintifik sebaliknya biru dengan syahwat seks, nafsu dan hedonis. Kelentit hanya jadi bicara ghairah seksual.
Sungguh dapat dilihat betapa sempitnya perbahasan kelentit di Malaysia berbanding di negara-negara lain. Ini secara jelas menunjukkan sikap masyarakat kita terhadap kejadian biologi, seks dan sifat ortodoksi kita. Perbincangan tentang kelentit yang terbatas di negara kita, seperti isu-isu 'sensitif' lain jelas membuktikan yang minda kita tidak canggih, kurang matang, cetek dan keanak-anakan. Tabu, hantu dan pantang- larang; melambangkan kita sebagai kelompok manusia mundur.
Kita tidak dapat melawan tabu ini dan meletakkan isu sesuai pada tempatnya. Kelentit itu lucah dan segan untuk dibicarakan secara terbuka.
Apakah bahasa Melayu, atau sikap kita sendiri yang gagal menyerap kepelbagaian wacana? Atau mungkin otak kita yang beku, tidak matang?



16 Ulasan:
Topik yang sungguh menarik! Diharap semua pon berfikiran positif :)
Salam.
Saudara mengutarakan topic yang sangat menarik. Sebenarnya sikap orang Melayu yang pemalu(orang zaman dulu) menjadi faktor utama kenapa topik ini tidak dibincangkan secara terbuka. Selain dari itu, mentaliti masyarakat zaman sekarang juga perlu diambil kira. Kebanyakkan individu zaman sekarang apabila disebut sahaja perkataan seperti kelentit, akan terbayang dalam pemikiran mereka perkara-perkara yang tidak baik. Ini jelas menunujukan bahawa tahap pemikiran masyarakat kita masih cetek jika dibandingkan dengan masyarakat di negara lain.
Ya..benar saudara. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari blackprncs. Mentaliti masyarakat kita masih cetek. Ini akan menimbulkan satu kontroversi yang agak dahsyat.
Satu lagi topik yg mane kalau dibincangkan secare terbuke pasti akan mencetuskan kontroversi.
Walau bagaimanapun, tahniah saye ucapkan kpd saudara Najwan kerane mampu untuk menghasilkan buah fikiran mengenai topik yg menarik ni.
Kalau ye pun, tukang² yg memberi komen tak payah la terlampau skema dalam membuat ayat. Secare peribadinye, aku rase ayat² tu akan membuatkan korang di'cop' sebagai hipokrit.
Kate korang 'KOOL'. Tapi macam tak 'KOOL' je.. >=)
p/s: "Selamat Hari Raye, Maaf Zahir Batin"
salam..1st time masuk sini..
org melayu mmg dah set perkataan 'kelentit' tu sebagai benda2 kurang sopan sebab tu dia jadi mcm tu..
mungkin sbb perkataan tu..
kalau kita sebut nama saintifik die ke..mungkin takpe?
adeke aa name saintifik die aku main ckp je tuh
hehe
hahahaha....
sbnrnya gue sih ngga mau komen soal "kelentit" ituh... bukan malu atau apa... tapi ngga tau mo komen apa... jadi yaa aku no komen ajah... hahahaha...
tapi aku sengaja komen di sini utk mengucapkan TAHNIAH!!! SELAMAT DI ATAS KEBERHASILAN ANDA MEMBUAT LINK DI BLOG ANDA!!!!! muahahahaahha......
^_^
farid,
bahasa saintifiknya ialah klitoris.. :p
apapun..selamat berkenalan!
kau mempunyai virgobiru aka si kacang yg sgt pandai berbahasa..hehe ;)
mungkin satu hari nnt kita dpt jumpa di ttdi.. :)
amboih amboih batek. ade org nk berkenalan dengan kau. baik ko g jage si ili tuh. hahaha. x klaka pon.
amar,
ape daa..ili tu member gf aku..so khalifah alam maya dun wori..haha
lagi satu..lambat lagi kot nak kawin..takut tgok org cerai berai ni..taknak jadi sebahagian dari statistik...hehe
hmmm..
mcm2 la korang ni... ;p
Ha! Isu ini yang saya bangkitkan dalam majalah Siasah (sebelum ditutup) selama dua siri (dua bulan) berturut-turut.
Mula-mula dalam artikel yang dipetik di atas. Artikel ini diterbitkan kembali dalam buku "Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi" (2005).
Artikel kedua di Siasah itu, sayangnya tidak dimasukkan dalam buku tersebut. Dalam artikel ini saya menghujahkan kenapa perkataan kelentit dianggap tabu (taboo) sehingga kita lebih senang menggunakan perkataan "klitoris" (Inggeris, clitoris).
Kenapa, misalnya, kita menggunakan perkataan "zakar" atau "faraj" <--- dua kata pinjaman dari bahasa Arab? Apakah orang Melayu tidak mempunyai istilah atau perkataan sendiri untuk menggambarkan kemaluan atau bahagian-bahagian alat kelamin mereka sendiri?
Itulah inti artikel yang dipetik Najwan di atas, dan artikel susulan saya di majalah Siasah.
Selamat Berdiskusi.
faomar@yahoo.com
NOTA: Sesiapa kawan2 yang minat berbincang buku, kami (kawan2 Jalan Telawi & saya) akan menghabiskan tahun ini dengan diskusi dua buah buku utama:
[1] On the Medieval Origins of the Modern State oleh J Strayer,
[2] The Politics of Misinformation oleh M Edalman.
Kalau mahu ikut diskusi, sila e-mel saya atau ke blog saya http://patahbalek.blogspot.com/
Satu hari saya terdengar perbualan antara dua orang Sarawak di salah sebuah majlis.."Banyak benar kelentit/kelontit?/kolontit?(tak pasti tapi yang pasti bunyi hampir sama) kat rumah kau tok."kata salah seorang.Lalu seorang lagi berkata "sheesh,jangan cakap kuat sangat,malu." persoalannya di sini..apakah perkataan kelentit yang disebut itu merupakan tabu? Sedangkan di Sarawak,kelentit itu merupakan nama bagi serangga yang digelar pepatung.Pening palo den nak pikirkannyo~
assalamualaikum,pertama skali tahniah kerana membuka minda masyarakat melayu melalui artikel KELENTIT ini walaupun saya tahu ada lagi diantara kita yg masih cetek fikirannya dan hati mereka memberontak untuk mengatakan TIDAK untuk perubahan...
disini saya ingin membetulkan sedikit istilah KELENTIT yg saudara kemukakan dalam artikel ini...
Kelentit, menurut definisi Kamus Dewan (edisi ketiga) ialah daging yang tersembul dekat lubang kemaluan perempuan.
definisi kamus dewan diatas amat tepat skali..tp bila mengaitkan kelentit dengan istilah berkhatan,amat jauh sekali pandangan saudara...
walaupun perempuan melayu sudah berkhatan,kelentit itu masih ada lg dan tidak dibuang.
tak percaya?
contoh:apabila seseorang lelaki dikhatankan,tok mudim @ doktor akan membuang sedikit kulit dibahagian kemaluan.serupa lah dengan kaum wanita,hanya kulit sahaja yg dibuang.kalau tidak dibuang,kemaluan wanita akan kelihatan seperti mulut kerang..haha..dan mudah mendapat masalah keputihan.(penyakit biasa bg wanita bukan muslim)atau dalam istilah orang pahang,taik palat..
semoga komen saya disini dapat melengkapkan lagi artikel saudara.
Walau bagaimanapun, tahniah saya ucapkan kpd saudara Najwan kerana mampu untuk menghasilkan buah fikiran mengenai topik yg menarik ni.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Salam
Terharu kerana mengetahui di Malaysia masih ramai yang berfikir menggunakan akal..
Hidup bukan ikut-ikutan...
Carilah hidup untuk diri sendiri..
Salam
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama